Tuesday, July 28, 2009

Lemak Udang Pucuk Paku


BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku
200 gm udang
2 cawan santan
9 tangkai cili padi (tumbuk)
3 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur
CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk.
2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi.
4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api

Udang Goreng Rempah Berlabu


BAHAN-BAHAN:
500 gm udang
50 gm rempah kari daging
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 batang serai (kisar)
2 cawan santan pekat
200 gm labu (potong dadu)
200 gm minyak sapi
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang dibuang kepalanya sahaja. Kemudian goreng udang hingga kekuningan. Asingkan.
2. Rebus labu hingga setengah masak dan asingkan.
3. Tumis bahan kisar bersama serbuk kari, serbuk kunyit dan cili kisar dengan minyak sapi.
4. Masukkan santan, bila mendidih masukkan udang dan labu. Gaul dan kecilkan api.
5. Taburkan daun ketumbar sedia untuk dihidangkan.

Cucur Sayur Rangup


BAHAN-BAHAN:
Sedikit kangkung
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
Sedikit taugeh
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
Garam secukup rasa
3 sudu besar tepung beras

CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit.
3. Goreng seperti biasa.

PESAN SAJI: Cucur ini tidak perlu menggunakan telur, tetapi ia akan lembut biarpun sejuk. Ini kerana adanya serbuk penaik. Kalau tak ada serbuk penaik, soda bikarbonat juga boleh digunakan.

Monday, July 27, 2009

Pankek Mini


BAHAN-BAHAN:
175 gm tepung gandum
Secubit garam
3 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil serbuk penaik
1 biji telur (pukul sebentar)
2 sudu besar mentega (cair)
350 ml susu cair
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

BAHAN ISIAN:
Pisang (hiris dan goreng dengan mentega)
Sosej

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur tepung, garam, gula pasir dan serbuk penaik. Ketepikan.
2. Campur telur, susu cair dan mentega.
3. Tuang adunan nombor 2 ke adunan nombor 1. Gaul sebati.
4. Tambahkan cuka dan soda bikarbonat.
5. Panaskan acuan, kemudian sapu dengan mentega.
6. Tuang adunan ke dalamnya, biarkan sampai naik dan bersarang.
7. Taburkan isian di atasnya, kemudian tutup acuan.
8. Bakar hingga masak.

Kek Coklat Kukus


BAHAN-BAHAN:
1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.

PESAN SAJI: Adunan akan naik dua kali ganda. Oleh itu gunakan loyang yang tinggi dan besar.

Siakap Lada Hitam


BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
10 helai daun kari
50 gm marjerin
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil serbuk perasa
1/2 tin susu cair
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam

CARA MENYEDIAKAN:
1. Bersihkan ikan siakap dan go­reng di dalam minyak penuh sehingga garing dan ketepikan.
2. Masukkan margerin ke dalam kuali dan cairkan.
3. Masukkan daun kari serta semua bahan (kecuali susu) dan tumis sehingga naik bau.
4. Akhir sekali masukkan susu cair dan biarkan sehingga mendidih dan suaikan rasa. Tuang sos ke atas ikan.

Sambal Darat Ikan Haruan

BAHAN-BAHAN:
3 potong isi ikan haruan (goreng)
5 tangkai cili hijau (hiris)
7 tangkai cili padi (hiris)
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
4 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:
1. Tumis semua bahan hingga layu. Bubuhkan sedikit garam.
2. Masukkan ikan dan gaul rata.